dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Semangar Dalam, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong Royong Di Masjid

08 Januari 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2017, Program Gotong royong di masjid Kg Semangar Dalam telah dijalankan. Penduduk kampung turut serta bagi menjayakan program ini. Program ini diadakan bagi membersihkan kawasan luar dan dalam masjid bagi keselesaan kepada penduduk kampung. Program ini berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 petang.

Program gotong royong ini dijalankan juga adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara penduduk kampung dan menyatukan lagi penduduk kampung. Sambutan bagi program amat memuaskan dengan penglibatan generasi muda dan tua. Selain itu, keadaan sekeliling yang bersih dan selamat dapat menghindarkan dari pembiakan nyamuk aedes yang semakin berleluasa. Justeru, semua generasi memainkan peranan penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh itu, program sebegini akan kerap dilakukan pada masa hadapan kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.