KELAS MAHIR NADI SEMANGGAR DALAM INTAKE 1
21 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 20 Jun 2025, merupakan kelas terakhir bagi 3 orang peserta Mahir Pertanian Pintar selain menjadi peserta terakhir Intake 1 bagi kelas NADI MAHIR di NADI Semanggar Dalam yang bermula pada bulan November 2024.
NADI MAHIR dibangunkan untuk membina kemahiran praktikal, meningkatkan kebolehpasaran dan menggerakkan ekonomi komuniti. Program ini menawarkan latihan bersijil secara percuma oleh tenaga pengajar bertauliah melalui gabungan pembelajaran dalam talian dan latihan praktikal di pusat NADI merangkumi 5 kemahiran utama :- Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet, dan Mahir Pertanian Pintar.
Seramai 12 orang peserta terdiri 5 orang peserta Mahir Masak, 3 orang peserta Mahir Pertanian Pintar, 2 peserta Mahir Jahit, 1 peserta Mahir Foto dan 1 peserta Mahir Baiki Gajet yang terdiri dari komuniti setempat telah berjaya meyelesaikan kelas mereka pada kali ini. Semoga dengan ilmu yang diperolehi ini dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka selepas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: