dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Semangar Dalam, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital Taib Andak 2018

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka Pusat Internet Felda Taib Andak 2018 telah berlangsung pada hari Sabtu, 11 November 2018. Program Hari Terbuka PI Felda Taib Andak 2018 merupakan program tahunan yang dirancang sejak awal tahun lagi. Ianya merupakan salah satu cara bagi menjalinkan hubungan mesra antara masyarakat dengan pihak Pusat Ekonomi Digital dan juga bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Program ini juga telah mendapat kerjasama Staf Pusat Ekonomi Digital , Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Taib Andak,Pusat leterasi keluarga.

Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tn Hj Tofrin bin Jarvamthi, ADUN Bukit Permai. Para masyarakat berpeluang bertemu bual dengan staf pengurusan Pusat Ekonomi Digital dan diperkenalkan dengan program dan aktiviti yang telah dirancang di Pusat Ekonomi Digital . Pelbagai program menarik yang telah diadakan antaranya pendaftaran keahlian percuma, program advokasi dan sukaneka. Program ini berlangsung dengan meriah. Program ini berlangsung bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang

.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

-->

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.